Wednesday, July 27, 2011

Mediafire: Tolong!! Awek Aku Pontianak Malaysia Movie 2011






Tolong! Awek Aku Pontianak adalah sebuah kisah cinta komedi yang terjadi antara manusia biasa dan juga pontianak. Kisah ini bermula apabila Bob telah ditinggalkan oleh teman wanitanya. Sebelum itu, Bob sering bermimpi teman wanitanya bertukar menjadi pontianak. Jadi, selepas berpisah, Bob bersama kawan karibnya berpindah ke rumah baru yang lebih murah sewanya.

Jiran di hadapan rumah mereka merupakan dua orang adik beradik perempuan bernama Maya dan adik perempuannya. Sebelum ini, setiap kali mereka mendapat jiran, mereka akan berpindah ke tempat lain. Tetapi kali ini, Maya memberitahu adiknya bahawa mereka akan terus tinggal di sana dan tidak akan berpindah. Tetapi, adiknya ingin menguji Bob dan kawan karibnya itu. Selepas diuji, ternyata Bob memang seorang lelaki yang baik.Bob bekerja di sebuah syarikat sebagai Junior Designer. Dia bersama rakan sekerja sering dibuli oleh Head of Department mereka. Segala idea mereka akan dicuri oleh Head of Department mereka. Ini termasuklah idea dan juga konsep perniagaan yang akan dijual kepada pelanggan mereka.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...